SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADAN AL MUBARAK DARI PENGURUSAN RADIO INTERNET LUBOK FM RADIO RASMI MUKIM 1 LUBOK SEMERAH BATU PAHAT DAN JPMM DUN SEMERAH

Rabu, 10 Jun 2015

Selamat datang ke radio internet Lubok.fm kami bersiaran selama 24 jam sehari  dari STUDIO radio lubok fm dikompleks penghulu mukim 1 lubok semerah Batu Pahat,Johor dengan tag line kami 1 Komuniti 1 Hati adalah radio internet yang boleh di dengari  melalui system internet/online walau di mana juga anda berada .Di samping itu berhibur pendengar radio ini akan mendapatakan maklumat terkini dari dalam dan luar negeri seperti info semasa,info jalan raya,info cuaca dan pendengar juga boleh berlintas langsung keudara semasa deejay keudara dalam segman yang tertentu...dan radio ini juga akan mempromosikan produk-produk iks tempatan melalui siaran radio yang boleh di dengari di seluruh dunia...di bawah ini kami sediakan kepada anda cara untuk mendengar siaran radio ini di melalui Aplikasi Tunein dalam Google play store silakan dowlad system di bawah ikut arahan selanjutnya...terima kasih dan selamat mendengar dari kami....

BIAR GAMBAR BERCERITA......
 
Tambah kapsyen















Cara untuk mendengar :
Anda boleh dengarkan Radio Lubok FM di Telefon Mudah alih anda seperti iPhone, Blackberry dan Android!! Cara-Caranya :-
1) PERGI KE PLAY STORE
2) MUAT TURUN APP (TUNEIN RADIO) KE TELEFON BIMBIT ANDA
3) CARI @ SEARCH TAIPKAN SAHAJA ( Radio Lubok FM)
4) TERUS DENGARKAN KAMI :-http://tunein.com/radio/radio-lubokfm-s247954/
Selamat Mendengar.....

INFO SIHAT RADIO LUBOKFM

CEGAH DENGGI , HAPUSKAN AEDES!
TANDA DAN GEJALA
• Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
• Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
• Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
• Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
• Muntah dan kurang selera makan.
RAWATAN
• Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
• Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
• Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
• Mandi jerlum.
• Antibiotik tidak diperlukan.
PENCEGAHAN
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
• Gunakan ubat nyamuk.
• Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
• Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
• Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
• Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
• Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
• Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
• Muntah berlarutan/berpanjangan.
• Sakit perut.
• Kurang bermaya/sawan.
• Sesak nafas.
• Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
• Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.